Monday 10 March 2014

BUKU LOG :)


Tujuan buku log adalah  untuk mencatat  prosedur dan  hasil penyelidikan
serta harus menunjukkan perkembangan logik kerjakerja penyelidikan.  Buku log tersebut mesti diisi semasa melakukan kerjakerja makmal, dan 
bukanlah selepas kesemuanya selesai.  Ia haruslah diisi dengan jelas dan tepat, tetapi tidak semestinya  kemas. Seseorang penyelidik atau  penyelidik  lain  mestilah mampu  mendapatkan  hasil penyelidikan  yang sama  dengan merujuk  kepada  apa  yang telah dicatatkan  di  dalam  Buku  Log  .Buku Log adalah rekod asas dan dasar kepada kesemua idea kreatif dan usaha eksperimen penyelidik.  Kesemua catatan di dalam Buku Log  adalah penting dan memainkan peranan di dalam: 

 Menyediakan  kronologi  mengapa  kerjakerja  makmal 
dilakukan, bagaimanakah ia dilakukan, dan hasil / keputusan 
eksperimen yang didapati (maklumat yang boleh digunapakai 
untuk  penyelidikan  akan  datang,  dan  untuk  mengulang 
semula eksperimen sekiranya diperlukan).  

 Mengesahkan  kewujudan  harta  intelek,  dan  membuktikan 
pemilikan  harta  intelek  serta  memberi  maklumat  tentang 
tarikh harta intelek diwujudkan. 

 Membuktikan  keakuran  dengan  keperluan  piawaian seperti 
amalan makmal yang baik, akreditasi makmal atau ISO. 

 Menyediakan bukti, sekiranya berlaku tuduhan khianat, dan 
keraguan ke atas hak milik harta intelek.




Garis panduan merekod di dalam buku log

1.   Pastikan  Daftar  Perincian  Rekod  diisi  dan  telah ditandatangani. 

2.Tulis kesemua data penyelidikan HANYA di dalam Buku Log .

3.Sediakan jadual ‘Indeks’ pada halaman pertamaBuku Log Penyelidikan UMBI. Tulis  ‘indeks’ pada barisan paling atas. Sediakan 3 lajurdan label 1) Eksperimen/Aktiviti, 2)  Tarikh, dan 3) Mukasurat. 

4.Tulis HANYA dengan menggunakan pen berdakwat biru atau hitam, gunakan pen dakwat kekal untuk kesemua penulisan. Dilarang  menggunakan  pen dakwat basah (untuk mengelakkan dakwat menjadi pudar selepas buku dibiarkan lama).Penulisan  dengan  menggunakan  pensil  DILARANG sama sekali. 

5.Tulis HANYA di halaman kanan. Halaman kiriboleh digunakan untuk 
kerjakerja lakaran dan pengiraan. 

6. Catatan di dalam Buku Log  mestilah mempunyai tujuan atau matlamat  dan  kaedah  yang telah digunakan  di  dalam  eksperimen,  begitu  juga  dengan keputusan,  pemerhatian  dan  kesimpulan.  Jika  timbul sebarang  keraguan,  masukkan  maklumat  dengan  lebih terperinci daripada dibiarkan kosong









Tanggungjawab  utama  Pengurus  Rekod

1. Memastikan bekalan Buku Log Penyelidikan UMBI yang belum 
digunakan mencukupi. 

2.Menyelenggara Daftar Perincian Rekod Buku Log dengan mencatatkan Buku Log  yang telah  dikeluarkan  dan  yang  telah  dipulangkan.    Catatan hendaklah dilakukan supaya kesemua Buku Log dapat dikenalpasti dan diaudit. 

3. Memastikan  Buku  Log  yang telah  habis muka  surat  atau  yang  telah  tamat  penyelidikan  disimpan dengan selamat di tempat  yang  kalis  api dan  air  atau  yang setara dengannya. 

4. Membantu  Penyelia  dan  Penyelidik  untuk  mencapai tanggungjawab  mereka  berkenaan  dengan  Buku  Log  dengan  mengadakan  taklimat  tentang Tatacara  Dokumentasi  Data  Penyelidikan  atau mengadakan program  ‘ulangkaji’ (refreshment  program) tentang  perkara tersebut untuk kakitangan dan pelajar baru/semasa sekiranya diperlukan. 

5. Melaporkan  sebarang  perubahan  yang  signifikan  dalam penyelenggaraan  atau  penyimpanan  Buku  Log  kepada pengurusan tertinggi 

No comments:

Post a Comment